GIROUD (kanan) puas dapat meledakkan gol pembukaan buat Chelsea. FOTO AFP
GIROUD (kanan) puas dapat meledakkan gol pembukaan buat Chelsea. FOTO AFP
Reuters

OLIVIER Giroud dan Marcos Alonso kembali dalam kesebelasan utama dengan mempamerkan aksi mantap untuk membantu pasukan tuan rumah, Chelsea mencatat kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspurs tatkala musuh setempat London itu bersaing merebut kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL)

Ia adalah kemenangan keenam Chelsea dalam 14 perlawanan EPL di tempat sendiri musim ini namun paling penting mereka masih mengekalkan kedudukan keempat, slot terakhir melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sebelum ini mereka dilihat agak goyah untuk mempertahankan kedudukan keempat dalam liga namun aksi sebentar tadi dibantu dengan jaringan pembukaan Giroud, yang disenaraikan dalam kesebelan utama buat kali pertama sejak November selepas dia merembat masuk gol pembukaan di minit ke-15.

Pemain kelahiran Sepanyol, Alonso, kembali buat kali ketujuh dalam kesebelasan utama selepas dilihat seperti dipinggirkan pengurus, Frank Lampard, dengan menjaringkan gol kedua tiga minit selepas separuh masa kedua bermula.

Tottenham memperoleh gol saguhati di hujung perlawanan hasil bantuan gol sendiri Antonio Rudiger.

Kemenangan ini membuktikan Lampard masih lagi hebat berbanding bekas pengurusnya di Chelsea, Jose Mourinho apabila mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menang 2-0 di Spurs Disember lalu.

The Blues mampu mencatatkan lebih banyak jaringan namun penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris bertindah cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 10:47 PM
Digital NSTP Subscribe