TSITSIPAS. FOTO Agensi
TSITSIPAS. FOTO Agensi
AFP

JUARA bertahan Stefanos Tsitsipas akan menentang Felix Auger-Aliassime pada final di Marseille selepas menang 7-5, 6-3 ke atas Alexander Bublik, awal pagi tadi.

Bintang Greece itu menentang Auger-Aliassime esok selepas pemain remaja Kanada itu mengatasi cabaran Gilles Simon 7-5, 7-6 (7/2).

"Permainan saya semakin baik,” kata Tsitsipas yang tidak pernah berjaya mempertahankan gelaran ATP.

"Saya terharu dengan sokongan diberikan dan esok pasti hari menarik. Saya perlu lebih bersedia dan tak sabar menunjukkan Stefanos sebenar esok.”

Pemain berusia 21 tahun itu berusaha menjadi pemain pertama mempertahankan gelaran Marseille selepas pemain Sweden, Thomas Enqvist pada 1998.

Tsitsipas kembali temui momentum minggu ini selepas mengalami kekalahan keempat daripada tujuh perlawanan pada 2020 di tangan Aljaz Beden di Rotterdam.

Auger-Aliassime pula masih memburu gelaran pertama ATP selepas tewas aksi final keempat berturut-turut kepada Gael Monfils di Belanda minggu lalu.

Pemain nombor 18 dunia itu gagal menang satu set pada empat final, tewas kepada Monfils, tewas kepada Laslo Djere di Terbuka Rio pada 2019, Benoit Paire di Lyon dan Matteo Berrettini di Stuttgart.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 11:17 AM