X
MARTIAL (kanan) meledak gol kedua untuk membantu United menewaskan Watford 3-0 di Old Trafford. FOTO AFP
MARTIAL (kanan) meledak gol kedua untuk membantu United menewaskan Watford 3-0 di Old Trafford. FOTO AFP
Reuters

MANCHESTER United terus menghidupkan peluang untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat terbaik selepas berjaya menumpaskan Watford 3-0.

Kemenangan itu membolehkan United melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat kelima dengan mengumpul 41 mata selepas 27 perlawanan.

Mereka sekarang ini berada di belakang Chelsea yang menghuni tempat keempat dan mengatasi Tottenham Hotspur, manakala Watford yang semakin bergelut di tempat ke-19 selepas mengumpul 24 mata.

Pasukan tuan rumah dilihat kurang serasi pada 20 minit awal namun sepakan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-42 meningkatkan semangat anak buah Ole Gunnar Solksjaer.

Watford pula dikecewakan dengan keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila jaringan Troy Deeney dibatalkan pada minit ke-52.

United menggandakan jaringan pada minit ke-58 apabila Anthony Martial menyambut rembatan susulannya dengan melakukan sepakan lambung mengatasi penjaga gol, Ben Foster.

Mason Greenwood mengesahkan kemenangan United apabila melepaskan rembatan kencang pada minit ke-75 menuju ke bucu gawang lawan.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan EPL menyaksikan Wolverhampton Wanderers mengalahkan Norwich City 3-0.

Diogo Jota muncul wira selepas meledak dua gol pada minit ke-19 dan 30, manakala Raul Jimenez menambah sengsara The Canaries dengan gol ketiga di minit ke-50.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 12:30 AM
Kabinet Malaysia 2020