SIMONA. FOTO AFP
SIMONA. FOTO AFP
AFP

DUBAI: Simona Halep berjaya menumpaskan Elena Rybakina 3-6, 6-3, 7-6 (7/5) untuk meraih kejuaraan ke-20 dalam kariernya di Kejohanan Dubai dan dia mengakui ‘seperti hendak mati’ berjuang di kejohanan berkenaan.

Pemain nombor dua dunia dari Romania, yang pernah muncul juara di kejohanan sama pada 2015, merangkul kejuaraan pertamanya selepas kali terakhir pada Wimbledon tahun lalu.

“Saya suka bermain di sini, saya memberikan segala-galanya yang saya ada. Sekarang saya rasa ‘seperti hendak mati’ (terlalu penat),” kata Simona.

Elena, 20, yang akan melonjak ke ranking ke-17 daripada 19 minggu depan, beraksi dalam final keempatnya selepas lima kejohanan tahun ini dan dia hanya meraih trofi di Hobart.

“Dia pemain berbakat. Dia masih muda dan mempunyai tempoh yang lama untuk menyinar,” kata Simona.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 6:45 AM
Digital NSTP Subscribe