MITSURU Murai. FOTO Kyodo News
MITSURU Murai. FOTO Kyodo News
AFP

LIGA-J Jepun menangguhkan semua perlawanan bola sepak bermula hari ini sehingga pertengahan Mac depan susulan wabak koronavirus yang menjejaskan puluhan acara sukan seluruh dunia.

"Kami memutuskan menangguhkan aksi Piala Levain yang dijadualkan esok dan semua perlawanan rasmi yang dijadualkan sehingga 15 Mac,” menurut pengerusi Liga-J, Mitsuru Murai kepada wartawan.

Langkah itu susulan tindakan sama diambil di China yang menjadi pusat wabak itu dan Korea Selatan selain beberapa perlawanan di Itali.

"Liga-J akan memberikan kerjasama penuh dalam mencegah wabak ini daripada merebak dan mengambil langkah anti-jangkitan,” kata kenyataan itu lagi.

Keputusan itu dilakukan ketika Sukan Olimpik Tokyo makin hampir dalam masa lima bulan lagi pada 24 Julai.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 7:21 PM
    Digital NSTP Subscribe