ABE (kanan) dan Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato menghadiri mesyuarat berhubung wabak koronavirus di pejabat Perdana Menteri di Tokyo. FOTO AFP
ABE (kanan) dan Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato menghadiri mesyuarat berhubung wabak koronavirus di pejabat Perdana Menteri di Tokyo. FOTO AFP
Reuters

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe mengggesa acara sukan dan kebudayaan dibatalkan atau ditangguhkan selama dua minggu selepas negara itu sedang berdepan krisis wabak koronavirus yang membawa spekulasi Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin akan dibatalkan.

Desakan Abe itu hadir selepas pasukan besbol Tokyo akan beraksi di stadium kosong minggu ini manakala dua pusat perniagaan di tengah Tokyo disahkan mempunyai kes koronovirus.

“Mengambil kira perkembangan semasa, untuk tempoh satu dan dua minggu ini adalah amat penting untuk menghentikan penyebaran wabak itu.

“Kerajaan berasakan risiko tinggi penyebaran akan berlaku dalam acara sukan dan kebudayaan serta perhimpunan yang membabitkan ramai orang,” Abe berkata di Parlimen.

Jepun mempunyai sekurang-kurangnya 164 kes positif koronavirus selain daripada 691 kes dilaporkan di kapal yang berlabuh di Selatan Tokyo.

Kerajaan berusaha menukar strategi bagi mengatasi penularan wabak itu dalam usaha untuk mengurangkan jumlah kematian yang setakat ini meragut lima nyawa, namun ia tampak semakin sukar.

Terdahulu, menteri yang bertanggungjawab dengan Sukan Olimpik cuba menenangkan situasi berhubung spekulasi Sukan Olimpik akan dibatalkan.

Anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Dick Pound terdahulu berkata, Sukan Olimpik kemungkinan akan dibatalkan atau di tangguhkan selain cadangan dipindahkan ke lokasi lain jika virus itu terus menular dengan keputusan rasmi kemungkinan pada Mei.

“IOC sedang melakukan persediaan untuk Sukan Olimpik Tokyo berlangsung seperti yang dijadualkan,” kata menteri, Seiko Hashimoto di Parlimen ketika diminta mengulas kenyataan Pound.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 2:34 PM
    Digital NSTP Subscribe