LAMPARD menafikan laporan Kepa mahu meninggalkan Chelsea. FOTO Agensi
LAMPARD menafikan laporan Kepa mahu meninggalkan Chelsea. FOTO Agensi
AFP

FRANK Lampard menafikan laporan Kepa Arrizabalaga mahu meninggalkan Chelsea selepas penjaga gol termahal dunia itu diketepikan berikutan beberapa kesilapan dilakukannya.

Lampard memilih Willy Caballero berbanding Kepa selepas lima perlawanan terakhir.

Kepa yang menyertai Chelsea dari Athletic Bilbao dengan nilai perpindahan £72 juta (RM388 juta) pada 2018, dikatakan kurang senang dengan situasi itu.

Lampard dikatakan melanggar persetujuan secara lisan untuk mengekalkannya sebagai penjaga gol utama.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu dikatakan bimbang dengan kedudukannya di dalam skuad kebangsaan Sepanyol untuk Euro 2020 jika gagal kembali beraksi bersama Chelsea.

“Saya ada terbaca artikel yang mengarut minggu ini dan orang ramai mungkin sudah mengetahui pemain itu.

“Setiap kali pemain menyarung jersi Chelsea, mereka bertanggungjawab ke atas diri mereka. Saya hanya mahu memberikan fokus kepada setiap perlawanan untuk menamatkan saingan liga di kedudukan paling baik pada musim ini.

“Kemudian sudah pasti keputusan akan dilakukan oleh kelab. Tidak mungkin saya memikirkan segala perkara itu sekarang dan segala laporan sebelum ini adalah tidak tepat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 8:39 AM
Kabinet Malaysia 2020