Kylian Mbappe meraikan jaringannya. FOTO AFP
Kylian Mbappe meraikan jaringannya. FOTO AFP
AFP

KYLIAN Mbappe menjaringkan dua gol dan membantu menghasilkan jaringan ketika pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain membelasah Dijon, 4-0 walaupun tanpa kehadiran pemain yang digantung, Neymar.

Pablo Sarabia meledak gol pembukaan hanya selepas tiga minit beraksi di Parc des Princes. PSG beraksi tanpa Neymar yang menerima hukuman penggantungan satu perlawanan selepas menerima kad merah ketika menangi ke atas Bordeaux minggu lalu.

Dijon yang menewaskan PSG 2-1 di gelanggang sendiri pada November, berada di dasar liga mengatasi kelompok play off penyingkiran gagal bertahan sehingga 70 minit sebelum PSG menambah gol kedua menerusi Mbappe.

Pemain antarabangsa Perancis itu kemudian mencipta gerakan kepada Mauro Icardi untuk gol ketiga hanya beberapa minit selepas pemain Argentina itu masuk menggantikan Edinson Cavani.

Mbappe meledak gol keduanya dan keempat bagi PSG pada minit akhir perlawanan ketika barisan kendalian Thomas Tuchel mengesahkan 13 mata untuk mendahului Marseille di puncak liga.

“Ia perlawanan yang baik. Kami berjaya menjaringkan gol dengan pantas sekali gus memberi kelegaan kepada kami,” kata Marquinhos kapten PSG.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 12:10 PM