AKSI  Cristiano Ronaldo melakukan sepakan percuma di depan gawang Inter. FOTO Reuters
AKSI Cristiano Ronaldo melakukan sepakan percuma di depan gawang Inter. FOTO Reuters
Reuters

JARINGAN menarik pemain gantian, Paulo Dybala melonjakkan kembali Juventus ke puncak Serie A selepas menewaskan pencabar liga, Inter Milan di Stadium Allianz yang kosong, awal pagi tadi.

Juve yang membuka tirai jaringan menerusi Aaron Ramsey kini mendahului 63 mata, satu mata mengatasi Lazio dan sembilan mata di depan Inter yang menduduki tangga ketiga dengan skuad Antonio Conte berkelebihan satu perlawanan.

Pemain tengah, Ramsey meledak jaringan pertama dari jarak dekat sejurus selepas rehat dan turut terbabit dengan gol kedua.

Penyerang Juventus dari Argentina, Dybala bertukar hantaran dengan pemain antarabangsa Wales itu di luar kotak penalti dan tenang memperdayakan pertahanan, Ashley Young sebelum melakukan kuisan ke penjuru kiri gawang Inter.

Perlawanan itu berlangsung tanpa penonton atas arahan kerajaan Itali bagi membendung penularan wabak koronavirus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 8:36 AM