Orang awam memakai topeng muka bergambar di hadapan Olympic Rings di Odaiba Seaside Park, Tokyo. FOTO AFP
Orang awam memakai topeng muka bergambar di hadapan Olympic Rings di Odaiba Seaside Park, Tokyo. FOTO AFP
Reuters

ANDAI Sukan Olimpik tidak dapat dilangsungkan di Tokyo musim panas ini berikutan penularan koronavirus, pilihan paling realistik ialah menundanya sehingga satu atau dua tahun.

Demikian menurut majlis eksekutif Jawatankuasa Olimpik Tokyo kepada Wall Street Journal.

Haruyuki Takahashi, seorang daripada 25 ahli jawatankuasa penganjur Jepun, berkata dalam temubual bersama akhbar itu yang diterbitkan hari ini, bahawa majlis berkenaan masih belum membincangkan impak virus terbabit terhadap temasya berkenaan.

Ia berikutan selepas kali terakhir mereka bermesyuarat pada Disember sebelum wabak berkenaan merebak.

Takahashi dan jawatankuasa penganjur gagal dihubungi untuk membuat komen selanjutnya.

Menurut Takahashi, masalah kewangan kerana pembatalan temasya berkenaan atau mengadakannya tanpa penonton akan menjadi terlalu besar.

Katanya, sementara isu penundaan kurang daripada setahun akan bertembung dengan acara sukan utama lain, menurutnya akhbar berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 12:42 PM