PELUMBA McLaren Racing, Carlos Sainz Jr hari ini menyatakan kerisauan mengenai perlumbaan yang akan berlangsung hujung minggu. FOTO AFP
PELUMBA McLaren Racing, Carlos Sainz Jr hari ini menyatakan kerisauan mengenai perlumbaan yang akan berlangsung hujung minggu. FOTO AFP
Reuters

PASUKAN McLaren Racing menarik diri daripada menyertai perlumbaan Grand Prix (GP) Australia hujung minggu ini selepas salah seorang ahli pasukannya didapati positif Covid-19.

Kes terbaru membabitkan ahli pasukan McLaren itu adalah susulan daripada empat kru daripada satu lagi pasukan Formula Satu (F1), Haas yang dikuarantin akibat wabak berkenaan.

“Ahli pasukan kami menjalani ujian dan diasingkan sebaik mereka mula menunjukkan simptom dan kini dirawat oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan.

“Kami (pasukan) sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan akan memberi sokongan yang berterusan untuk ahli pasukan yang kini akan memasuki tempoh kuarantin.

“Kami juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk membantu siasatan dan analisis mereka,” kata McLaren dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

McLaren dan Haas adalah dua pasukan yang berpangkalan di Britain.

Juara dunia, Lewis Hamilton berkata dia terkejut selepas perlumbaan GP Australia tetap diteruskan biarpun berdepan dengan ancaman Covid-19.

Pemandu McLaren itu membidas penganjur yang disifatkan lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan orang awam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 8:31 PM