KESEMUA kejohanan Jelajah ATP dan saingan tahap kedua, Jelajah Cabaran ATP dibatalkan sehingga 27 April. FOTO AFP
KESEMUA kejohanan Jelajah ATP dan saingan tahap kedua, Jelajah Cabaran ATP dibatalkan sehingga 27 April. FOTO AFP
AFP

PERSATUAN Pemain Tenis Profesional (ATP) mengumumkan penangguhan jelajah selama enam minggu disebabkan masalah kesihatan dan keselamatan selepas tercetusnya pandemik koronavirus.

Kesemua kejohanan jelajah ATP dan saingan tahap kedua, Jelajah Cabaran ATP dibatalkan sehingga 27 April.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas pembatalan Terbuka Miami dan Indian Wells serta penangguhan Piala Fed.

“Ini bukan keputusan yang kita buat dengan memandang ringan. Bagaimanapun, kami percaya ini adalah jalan yang tepat untuk melindungi kesihatan serta keselamatan pemain, staf, komuniti tenis, orang awam dalam berdepan pandemik global,” kata Pengerusi ATP, Andrea Gaudenzi.

Virus berkenaan setakat ini menyerang 127,000 di seluruh dunia dan 4,600 kes maut dicatatkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 12:23 AM