SKUAD Itali menang kesemua 10 aksi kelayakan Euro 2020. FOTO Agensi
SKUAD Itali menang kesemua 10 aksi kelayakan Euro 2020. FOTO Agensi
AFP

JURULATIH Itali, Roberto Mancini berkata, dia bersedia jika Kejohanan Eropah ditangguhkan sehingga 2021 angkara wabak koronavirus.

"Kami mampu menjuarai Kejohanan Eropah pada musim panas ini dan juga memenanginya pada 2021,” kata Mancini kepada stesen televisyen Itali, Rai Sport.

"Kita tunggu keputusan UEFA tetapi saya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan tetapi sekarang nyawa lebih penting.” "

Badan bola sepak Eropah bertemu esok bagi membincangkan nasib kejohanan Eropah, domestik dan Euro 2020 yang bakal berlangsung pada 12 Jun sehingga 12 Julai.

Itali bakal menjadi tuan rumah aksi pembukaan di Rome pada 12 Jun dalam kejohanan yang berlangsung di 12 negara di Eropah.

Semua acara sukan di Itali digantung sehingga 3 April dengan larangan keluar masuk dikenakan ke atas negara berpenduduk 60 juta orang itu bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang membunuh 1,809 orang dan menjangkiti 24,000 yang lain.

Itali menang kesemua 10 aksi kelayakan Euro 2020 dibawah kendalian Mancini dan mempamerkan prestasi cemerlang selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Itali kini memburu gelaran Eropah kedua selepas kali terakhir menjuarainya pada 1968.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 7:42 AM
    Digital NSTP Subscribe