Pemain Itali dan Juventus, Daniele Rugani. FOTO File Reuters
Pemain Itali dan Juventus, Daniele Rugani. FOTO File Reuters
Agensi

PEMAIN pertahanan Juventus, Daniele Rugani mendedahkan keadaannya semakin pulih daripada wabak koronavirus.

Pemain kebangsaan Itali adalah pemain pertama Serie A dikesan menghidapi wabak itu.

Rugani berkata dia bertambah pulih dan dia berharap kesnya menjadi inspirasi untuk penggantungan liga musim ini.

“Saya rasa bertambah baik, saya mahu meyakinkan semua orang. Saya sentiasa berasa sangat baik, Saya tidak mempunyai sebarang simptom yang serius,” kata pemain berusia 25 tahun itu kepada Juventus TV.

“Saya menyifatkan diri saya sebagai bertuah, ia sangat mengejutkan kerana saya yang pertama dalam dunia Calcio.

“Di sebalik perkara itu saya rasa keadaan sangat baik dan saya berharap kes saya akan diambil sebagai contoh buat orang ramai sedar mengenai situasi getir ini.

“Ia sangat mengejutkan kerana terlalu banyak perhatian daripada pihak media, dalam beberapa minit sahaja ramai orang menulis kepada saya.

“Saya akan mengharunginya, kita semua pasti akan. Mari berharap kita semua akan kembali semula ke puncak bersama-sama.”

Itali dalam peringkat kawalan sepenuhnya ketika penularan virus berkenaan dan sebagai langkah berjaga-jaga perlawanan Serie A digantung.

Tujuh pemain daripada liga utama Itali di uji positif wabak koronavirus.

Lima pemain Sampdoria, begitu juga beberapa pemain dari Juventus dan Fiorentina yang terdedah kepada virus berkenaan dan ketika ini dikuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 1:05 PM