Lewandowski dan isterinya, Anna menyumbangkan satu juta euro bagi memerangi Covid-19. FOTO Agensi
Lewandowski dan isterinya, Anna menyumbangkan satu juta euro bagi memerangi Covid-19. FOTO Agensi
Agensi

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski dan isterinya, Anna menyumbangkan satu juta euro (RM4.7 juta) bagi memerangi koronavirus (Covid-19).

Rakan sepasukannya, Leon Goretzka dan Joshua Kimmich turut menumbuhkan dana dinamakan ‘We Kick Corona’ untuk memerangi pandemik berkenaan dan turut menyumbangkan satu juta euro antara mereka.

Sayap Manchester City, Leroy Sane juga mempertimbangkan menderma dalam bentuk kewangan.

“Kami menyedari situasi sukar ini,” kata Lewandowskis.

“Hari ini kami bermain dalam satu pasukan. Mari sama-sama kita menjadi kuat untuk perjuangan ini. Jika kita boleh membantu seseorang, mari lakukannya.

“Situasi ini memberi kesan kepada semua orang, jadi kami minta kepada anda supaya mengikuti arahan dan patuh daripada mereka yang pakar. Jadi bertanggungjawab.”

‘We Kick Corona’ menjaya mengumpul lebih 2.5 juta euro (RM11.8 juta) dan pihak kebajikan serta institusi sosial boleh memohon dana dari organisasi berkenaan menerusi laman web rasminya.

“Semua orang boleh membantu, kedua-duanya dari peringkat kecil sehingga besar,” kata Kimmich.

“Hanya dengan cara kita bersatu ketika ini, mengambil langkah dan bertanggungjawab serta berada di sana untuk satu sama lain kita mampu menangani krisis ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 9:53 AM