Zlatan Ibrahimovic. FOTO Agensi
Zlatan Ibrahimovic. FOTO Agensi
Agensi

ZLATAN Ibrahimovic membuat keputusan sensasi untuk meninggalkan AC Milan kurang tiga bulan selepas menyertai semula kelab itu.

Ibrahimovic tampak bersedia meninggalkan Milan dengan perpindahan percuma pada penghujung Jun ini, ketika penyerang berkenaan tidak gembira dengan berita pemecatan ketua pegawai bola sepak, Zvonimir Boban baru-baru ini.

Boban menjadi pengaruh untuk membawa Ibrahimovic kembali ke Milan, di mana kelab yang pernah diwakili antara 2010 dan 2012.

Pemergian Boban meyakinkan Ibrahim untuk meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini berbanding pada 2021.

Menurut Sport Mediaset, keputusan Ibrahimovic tidak dinafikan dan akan mendatangkan kejutan kepada CEO Milan, Ivan Gazidis.

Sebelum kehadiran semula ke Milan, Ibrahimovic akan secara rasmi berkomunikasi dan membuat keputusan bersama Gazidis, yang tidak bersefahaman dengan Boban.

Ibrahimovic sudah menjaringkan empat gol dalam 10 penampilan sejak kembali ke Milan pada Januari selepas meninggal LA Galaxy.

Menurut sumber rapat Ibrahimovic, penyerang berpengalaman itu tidak lagi berada dalam perancangan pasukan Milan dan telah memikirkan keputusannya itu sejak beberapa hari lalu.

Gennaro Gattuso yang beraksi bersama Ibrahimovic ketika musim pertama di Milan, berminat untuk membawa pemain berusia 38 tahun itu ke Napoli.

Bagaimanapun, ada kemungkinan Ibrahimovic akan menggunakan pengalaman luas dalam karier bola sepak untuk menceburi pengalaman baharu dalam bidang kejurulatihan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 12:34 PM