PENULARAN wabak Covid-19 memaksa Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan pada tahun depan. FOTO Reuters
PENULARAN wabak Covid-19 memaksa Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan pada tahun depan. FOTO Reuters
AFP

JEPUN hari ini memulakan tugas untuk menyusun semula penganjuran Sukan Olimpik Tokyo selepas keputusan bersejerah semalam apabila temasya terbesar dunia itu terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Langkah dramatik untuk membawa Tokyo 2020 ke tahun depan tidak pernah berlaku sebelum ini dan penangguhan itu bakal melibatkan beberapa aspek penganjuran termasuk gelanggang, keselamatan, tiket dan penginapan.

“Ia seperti mengambil masa selama tujuh membina cantuman terbesar di dunia ini dan ketika hanya satu kepingan saja untuk dilengkapkan. Sekarang ia perlu dimulakan semula dalam tempoh yang singkat,” jelas jurucakap Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Craig Spence.

Perkara ini masih belum jelas bila temasya ini akan diadakan, dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan tarikh baru selepas 2020 tapi bukannya sehingga pertengahan 2021.

Jepun sentiasa menggambarkan Tokyo 2020 sebagai temasya pemulihan, peluang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka sudah bangkit semula selepas ‘tiga bencana besar’ pada 2011, gempa bumi, tsunami dan kerosakan reaktor nuklear Fukushima.

Temasya yang ditangguhkan itu tetap disebut sebagai Tokyo 2020 selepas kekalahan manusia terhadap virus seperti yang disebut Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Jepun dan IOC dalam kenyataan bersama berkata, temasya itu mampu menjadi pembakar semangat buat seluruh dunia berikutan masalah yang berlaku sekarang dan api obor Olimpik bakal menjadi penyuluh kepada kegelapan waktu ini.

Olimpik yang sebelum ini diselubungi pelbagai cabaran seperti boikot, serangan pengganas dan protes, adalah temasya berprofil tinggi terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

IOC sebelum ini berada dalam tekanan untuk cuba mengikut jadual temasya seperti yang dirancang namun akhirnya terpaksa akur demi menjaga tahap kesihatan atlet.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 11:33 AM