MCLAREN dibenarkan menukar casis untuk saingan 2021 selepas mereka melakukan perubahan di bahagian enjin. FOTO REUTERS
MCLAREN dibenarkan menukar casis untuk saingan 2021 selepas mereka melakukan perubahan di bahagian enjin. FOTO REUTERS
Reuters

MCLAREN dibenarkan untuk melakukan perubahan casis pada 2021 untuk menyesuikan pertukaran enjin dari Renault kepada Mercedes walaupun saingan Formula Satu (F1) memutuskan untuk menggunakan jentera sama pada musim depan.

Pasukan yang berpangkalan di Woking itu satu-satunya melakukan perubahan enjin pada penghujung 2020.

F1 mengumumkan bulan ini mereka menangguhkan sehingga 2022 sebarang perubahan besar kepada jentera untuk saingan 2021 berikutan keadaan kewangan yang tidak menentu disebabkan Covid-19.

Semua pasukan seterusnya akan menggunakan jentera 2020 bagi saingan 2021 untuk langkah penjimatan.

“Keputusan ini tidak memberi impak kepada penggunaan enjin Mercedes pada 2021 dan kami dibenarkan melakukan perubahan bagi menyesuaikan diri dengan jentera,” kata prinsipal McLaren, Andreas Seidl.

Covid-19 menyaksikan saingan pembukaan F1 musim ini di Australia dan perlumbaan di Monaco terpaksa dibatalkan, manakala enam lagi saingan ditunda.

Semalam Pengerusi F1, Chase Carey berharap saingan dapat diteruskan dengan membabitkan 15 hingga 18 perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 3:52 PM