X
Conor McGregor. FOTO UFC
Conor McGregor. FOTO UFC
AFP

BINTANG UFC, Conor McGregor membelanjakan satu juta euro (RM4.8 juta) untuk peralatan keselamatan bagi staf hospital yang merawat pesakit berdepan Covid-19 di Ireland.

McGregor mengirimkan pesanan kepada Menteri Kewangan Republik Ireland, Paschal Donohoe dan mendedahkan kandungan pesanan itu di laman Twitter miliknya.

Donohoe menulis kepada McGregor supaya memaklumkan kepada 7.9 juta pengikut Twitter miliknya untuk mengamalkan penjarakan sosial.

“Hari ini saya mengeluarkan perbelanjaan sebanyak satu juta euro (RM4.8 juta) bagi pembelian alatan keselamatan peribadi untuk membantu pihak hospital yang terbabit di daerah Leinster.

“Salah satu daripada daerah yang terjejas, buat masa ini,” kata McGregor.

“St James's, Mater, Tallaght, Beaumont, Vincent's (hospital). Di mana jika kita tidak mempunyai lelaki dan wanita berani seperti mereka, sukar untuk saya gambarkan.

“Semoga Tuhan melindungi mereka dan keselamatan mereka dapat terus dipelihara!”

McGregor menyeru kerajaan Ireland supaya meneruskan usaha mereka berjuang menentang virus itu dan menerapkan lagi kaedah pengasingan diri.

“Saya berpendapat kita mengambil langkah yang tepat, cuma pada pandangan saya ia masih belum dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

“Saya mendesak keseluruhannya! Segalanya adalah tema yang harus kami gunakan di sini. Sikit demi sikit akan mengancam nyawa kami.

“Untuk melihat apa yang berlaku di sini Ireland dan seluruh dunia membuatkan perasaan saya sedih. Saya berdoa.

“Tuhan bantu menteri dan terima kasih diatas kiriman pesanan, dan khidmat anda kepada negara.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 7:56 AM
Digital NSTP Subscribe