Keputusan status penganjuran Grand Slam itu akan diketahui pada mesyuarat minggu depan.
Keputusan status penganjuran Grand Slam itu akan diketahui pada mesyuarat minggu depan.
Reuters

KEJOHANAN Wimbledon tahun ini mungkin di tunda atau dibatalkan berikutan pandemik koronavirus (Covid-19), kata Kelab Lawn Tenis All England (Aeltc) hari ini.

Acara yang dijadualkan pada 29 Jun - 12 Julai tidak akan dijalankan dalam aksi tertutup dan penundaan acara tunggal gelanggang rumput Grand Slam sehingga hujung tahun ini bukan alasan munasabah dan sukar menurut kenyataan Aelt.

“Cabaran yang hadir daripada serangan krisis Covid-19 berterusan memberi kesan dalam kehidupan harian dalam erti yang sukar kita gambarkan.

“Kami turut simpati dengan mereka yang terjejas di UK dan seluruh dunia,” kata Ketua Eksekutif kelab itu Richard Lewis.

“Keputusan yang paling penting adalah membabitkan kesihatan awam, dan kami akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan yang dibuat.

“Kami bekerja keras untuk melaksanakannya dalam perancangan 2020 dan akan mengadakan mesyuarat tergempar membabitkan lembaga pengarah utama minggu depan, di mana keputusan akan diambil.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 8:33 AM
Digital NSTP Subscribe