ARTETA sudah pulih sepenuhnya. FOTO Agensi
ARTETA sudah pulih sepenuhnya. FOTO Agensi
Reuters

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta bimbang siapa dijangkitinya selepas didapati positif Covid-19 tetapi kini dia telah pulih sepenuhnya dan sedia kembali bertugas bersama kelab Liga Perdana itu.

Arsenal mengumumkan Arteta positif penyakit itu pada 12 Mac lalu ketika kelabnya bersiap sedia berdepan Manchester City yang akhirnya membawa kepada penggantungan aksi bola sepak Inggeris musim ini.

Pengendali dari Sepanyol itu percaya dia dijangkiti virus itu selepas menentang pasukan Greece, Olympiacos pada saingan Liga Europa pada akhir Februari lalu.

"Saya rasa pulih sepenuhnya,” katanya dalam laman web Arsenal. "Memang benar saya mula mengalami simptom apabila mendapat panggilan telefon daripada Olympiacos yang memberitahu kami mungkin terdedah dengan virus...saya tak tahu, saya rasa ada sesuatu dalam badan.

"Kemudian anda sedar, ‘Wow, setiap orang boleh terdedah di sini, sangat serius dan anda mula memikirkan orang di sekitar anda dan anda mula bimbang.”

"Selain isteri, pembantu rumah kami juga turut dijangkiti tetapi syukur anak saya terselamat dan kami semua sudah sihat sepenuhnya.”

Arteta turut berterima kasih kepada staf teknikal yang memantau keadaan pemain sepanjang ketiadaannya dan mereka akan meneruskan program individu sehingga sesi latihan boleh diadakan di atas padang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 8:36 AM
Digital NSTP Subscribe