RONALDO kuarantin diri di Portugal. FOTO Agensi
RONALDO kuarantin diri di Portugal. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo tidak wajar bergambar di tepi kolam mandi dan sepatutnya menjalani proses kuarantin di Itali sepanjang krisis Covid-19, menurut bekas pengerusi Juventus, Giovanni Cobolli Gigli.

Ronaldo kini berada di Madeira sejak awal bulan ini selepas ibunya dilaporkan diserang strok dan dia kembali beraksi bersama Juventus menentang Inter dalam stadium tertutup pada 8 Mac lalu. Dia kemudiannya kembali semula ke Portugal selepas Itali berdepan kawalan pergerakan.

Bola sepak seluruh Eropah ditangguhkan bagi mengurangkan penularan pandemik Covid-19 yang menyaksikan 23,000 kematian di seluruh dunia.

Bagi membantu memerangi virus itu, Ronaldo dilaporkan menderma sejumlah besar wang kepada tiga unit rawatan intensif (ICU) di beberapa hospital di Portugal.

Bagaimanapun, Gigli yang ‘berkuasa’ di Juve ketika skandal Calciopoli percaya juara Serie A itu tidak menangani situasi dengan baik.

"Keadaan di Juventus menjadi lebih sukar apabila Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab,” kata Gigli kepada Radio Punto.

"Dia kata dia pergi ke Portugal kerana ibunya tetapi sebaliknya hanya bergambar di tepi kolam. Apabila dia diberi pengecualian, keadaan menjadi lebih buruk dan pemain lain turut mahu meninggalkan kelab - tetapi ia tak sepatutnya berlaku.

"Mereka sepatutnya dikuarantinkan.”

Rakan sepasukan Ronaldo, Daniele Rugani, Blaise Matuidi dan Paulo Dybala semunya positif Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 9:41 AM
Digital NSTP Subscribe