ORANG ramai mengambil gambar Olympic Rings di luar Muzium Olimpik Jepun. FOTO AFP
ORANG ramai mengambil gambar Olympic Rings di luar Muzium Olimpik Jepun. FOTO AFP
Reuters

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pihak penganjur Jepun sudah berada di tahap akhir perbincangan untuk menetapkan tarikh baru pembukaan Sukan Olimpik Tokyo pada Julai tahun depan.

Temasya sukan terbesar dunia itu yang ditangguhkan minggu lalu susulan pandemik Covid-19, mungkin akan membuka tirainya pada 23 Julai 2021 dan berakhir 8 Ogos, lapor media Jepun menerusi sumber.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan penangguhan temasya itu selama setahun selepas menghubungi Presiden IOC, Thomas Bach.

Ia adalah penangguhan kali pertama dalam tempoh 124 tahun sejarah Olimpik moden meskipun Sukan Olimpik Tokyo 1940 dibatalkan kerana peperangan.

Penangguhan itu satu tamparan besar kepada Jepun yang sudah berbelanja besar walaupun pasaran kewangan dilihat positif dengan penangguhan itu dan sesetengah pelabur terus memberikan komitmen.

Menteri Ekonomi, Yasutoshi Nishimura berkata, kerajaan ketika ini sedang menyusun langkah rangsangan ekonomi yang dikatakan Abe adalah paling terbesar dan akan mengambil kira penangguhan Sukan Olimpik pada tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 11:51 AM