GUARDIOLA jangka berat badannya akan bertambah selepas penangguhan saingan bola sepak di England. FOTO REUTERS
GUARDIOLA jangka berat badannya akan bertambah selepas penangguhan saingan bola sepak di England. FOTO REUTERS
AFP

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola berseloroh beliau akan menjadi lebih gemuk berikutan rehat panjang musim bola sepak dan dalam masa sama memberi nasihat agar semua penyokong mengikut segala nasihat pakar kesihatan ketika penularan wabak Covid-19.

Guardiola, yang menderma sebanyak satu juta euro (RM4.7 juta) untuk membeli kelengkapan perubatan memerangani Covid-19 di negara kelahirannya di Sepanyol minggu lalu, memuatnaik video kempen kesedaran ‘Cityzens At Home’ bagi menghiburkan peminat.

Saingan bola sepak di England ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 30 April sebagai langkah untuk menghalang penyebaran wabak.

“Kami semua rindu bola sepak. Kami semua rindu kehidupan yang kita lalui sebelum ini tapi sekarang adalah masa untuk kita mematuhi nasihat pakar perubatan, doktor dan jururawat.

“Anda semua keluarga bola sepak saya dan kita akan lakukan apa saja untuk membuatkan kehidupan lebih baik.

“Kita akan kembali lebih kuat, baik, penyayang dan sedikit gemuk. Kekal di rumah, kekal selamat,” katanya.

Kelab berkenaan juga mengajak peminat mereka mengamalkan pemakanan sihat dengan berkongsi resipi di atas talian.

Mereka juga akan melakukan cabaran harian dan menyediakan set mewarna yang boleh dimuatnaik kepada kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 2:12 AM