Aksi pemain Belanda dan Estonia pada perlawanan kelayakan Euro 2020 yang lalu. FOTO File AFP
Aksi pemain Belanda dan Estonia pada perlawanan kelayakan Euro 2020 yang lalu. FOTO File AFP
AFP

PERSEKUTUAN Bolasepak Dunia (FIFA) merancang menghulurkan bantuan kepada bola sepak dunia selepas pandemik Covid-19 menjejaskan kewangan kelab dan liga.

Badan induk bola sepak dunia itu, yang mempunyai rizab AS$1.5 bilion (RM6.47 bilion), berkata mereka sedang memikirkan cara untuk membantu komuniti bola sepak global.

“Bentuk bantuan berkenaan sedang dalam kajian dan dibincangkan dengan ahli gabungan FIFA, persekutuan dan rakan kongsi lain,” kata FIFA.

FIFA sebelum ini mengumumkan yang mereka sudah membentuk kumpulan kerja bagi membantu badan-badan induk benua menangani impak krisis Covid-19, ketika saingan bola sepak ditangguhkan termasuk Euro 2020.

Ia turut menyebut mengenai dana sokongan, namun perincian lanjut hanya akan diumumkan sebelum hujung minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 10:09 AM