WILLIAMS bersyukur menjadi seorang muslim sejati. FOTO Agensi
WILLIAMS bersyukur menjadi seorang muslim sejati. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams mengakui berasa cukup bersyukur menjadi seorang muslim dan mendalami agama Islam.

Dalam status terbaru di akaun Twitter miliknya, bintang berusia 34 tahun itu mengakui dia mungkin seorang manusia yang bertuah kerana berada di kedudukan lebih baik berbanding individu lain.

“Saya tahu saya berada dalam kedudukan yang istimewa tetapi saya juga tahu jika tidak memahami siapa diri ini dan hidup semata-mata hanya kerana harta dunia, maka saya pasti akan berdepan kesukaran.

“Jadi saya cukup bersyukur menjadi seorang muslim,” katanya.

Status terbaru Williams mendapat reaksi positif rata-rata peminatnya yang menganggapnya sebagai seorang muslim sejati.

Dalam satu hantaran yang lain berkait rapat dengan pandemik Covid-19, Williams meluahkan kesyukuran kerana dapat menghirup udara segar.

“Alhamdulillah dapat menghirup udara segar bersama anak-anak. Ia membuatkan saya terfikir mengenai sistem di mana kita sebagai masyarat hidup dan begitu rapuhnya alam semula jadi di sekeliling kita,” katanya yang kini beraksi bersama Toronto Wolfpack.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 11:11 PM