Campbell bergambar di kawasan belakang halaman rumah yang dijadikan acara maraton untuk membantu petugas kesihatan NHS ketika tempoh berkurung. FOTO Agensi
Campbell bergambar di kawasan belakang halaman rumah yang dijadikan acara maraton untuk membantu petugas kesihatan NHS ketika tempoh berkurung. FOTO Agensi
Agensi

PEMEGANG rekod rejam lembing Scotland, James Campbell berkata kejayaan menamatkan maraton di kawasan halaman belakang rumah demi membantu mengumpul wang buat NHS membuatkan dia berasa sangat puas hati.

Bekas atlet Komanwel itu berjaya mengumpul lebih £26,000 (RM140,095) dengan berlari pada jarak 42.2 km dalam kawasan sepanjang enam meter.

Atlet berusia 32 tahun berbangga apabila menerima sambutan di luar jangkaan.

“Apa cara yang paling baik untuk meraikan hari lahir saya dengan berlari ke atas dan bawah halaman rumah saya dalam masa lima jam?” katanya kepada BBC Scotland.

“Jumlah masyarakat yang memberi sokongan dan pesanan positif daripada setiap orang menunjukkan maklum balas yang luar biasa.

“Perasaan saya apabila berjaya menamatkan larian adalah sukar digambarkan.

“Rakan isteri saya yang baharu sahaja kembali daripada cuti bersalin, hari ini adalah shift pertamanya selepas kembali dengan rutin jururawat.

“Jadi dari pandangan peribadi dan apa yang dilakukan oleh NHS ketika ini, saya harap ia akan memberi sedikit kelainan.”

Larian kira-kira lima jam disiarkan secara langsung selepas dia berjanji untuk melengkapkan ujian itu jika dia memperoleh lebih daripada 10,000 retweets dari Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2020 @ 2:55 PM