(FILES) In this file photo taken on June 30, 2019, former F1 boss Bernie Ecclestone is seen ahead of the Austrian Formula One Grand Prix in Spielberg. - Bernie Ecclestone says this season's Formula One championship should be cancelled because it appears unlikely that enough races can be completed for it to be valid due to the coronavirus crisis, he told BBC radio. (Photo by ANDREJ ISAKOVIC / AFP)

AFP

BERNIE Ecclestone mengakui bahawa saingan Formula Satu (F1) musim ini sepatutnya dibatalkan kerana jumlah perlumbaa yang tidak mencukupi berikutan pandemik Covid-19.

Lapan saingan awal bagi musim 2020 sudah dibatalkan atau ditangguhkan, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai 14 lagi perlumbaan tatkala pandemik berkenaan membayangi kalendar sukan seluruh dunia.

Paling minimum lapan perlumbaan diperlukan untuk mengesahkan kejuaraan musim ini, namun bekas Ketua Eksekutif F1 itu menegaskan ia mungkin tidak akan berlaku.

“Kita sepatutnya menghentikan saingan musim ini dan mulakan dengan aksi baru tahun depan kerana saya tidak nampak kita akan mendapat jumlah perlumbaan yang tepat.

“Kita memang meletakkan harapan kepada lapan perlumbaan dan saya tidak nampak mereka akan berjaya melakukannya. Ini adalah situasi yang sukar,” katanya.

Lewis Hamilton meletakkan sasaran untuk menyamai rekod Michael Schumacher yang meraih tujuh kejuaraan, namun ada yang berpendapat jika jumlah saingan musim ini dikurangkan ia mampu menghalang cita-cita pelumba kelahiran Britain itu.

Bagaimanapun, Ecclestone berkata, beliau tidak merasakan ia bakal menjejaskan impian Hamilton.

“Dia akan muncul juara tidak kira berapa perlumbaan akan diadakan musim ini, sama ada lapan, 16 atau 20.

“Jika ia masih lagi kejuaraan dunia dan dia juara, ia tetap akan diabadikan dalam rekodnya dan saya akan berkata dia adalah juara dunia. Bezanya jika dia hanya memenangi lapan kejuaraan ia tidak nampak seperti ‘kejuaraan unggul’,” kata Ecclestone.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 8:14 AM