LIVERPOOL dikatakan mahu menjimatkan wang dan terus membayar gaji tinggi kepada pemain bintang seperti Mohamed Salah. FOTO AFP
LIVERPOOL dikatakan mahu menjimatkan wang dan terus membayar gaji tinggi kepada pemain bintang seperti Mohamed Salah. FOTO AFP
AFP

LIVERPOOL semalam mengumumkan mereka membatalkan keputusan kotroversi untuk meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan berikutan pandemik Covid-19.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meminta maaf di atas melakukan ‘kesimpulan yang salah’.

The Reds, pasukan ketujuh paling kaya di dunia, teruk dikritik selepas mengumumkan keputusan itu hujung minggu lalu dengan mereka merancang untuk meletakkan 200 staf di bawah skim berkenaan tatkala kerajaan British perlu membayar sebanyak 80 peratus gaji daripada gaji staf mereka.

Selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguhkan akibat pandemik itu, pemilik Liverpool Kumpulan Fenway Sports yang berpangkalan di Amerika Syarikat dikritik kerana mengambil kesempatan di atas skim berkenaan.

Mereka dikatakan mahu menjimatkan wang dan terus membayar gaji tinggi kepada pemain bintang seperti Mohamed Salah.

Pasukan lain dalam EPL seperti Tottenham, Newcastle, Bournemouth dan Norwich mengambil skim pengekalan pekerjaan namun Liverpool yang meraih keuntungan sebelum cukai 42 juta pound (RM223 juta) bagi musim 2018-19 dikritik.

Pasukan berkenaan juga dikatakan tidak masuk akal membuat keputusan itu kerana mempunyai hubungan kukuh dengan komuniti di Merseyside.

Sebagai tindak balas di atas kritikan peminat dan bekas pemain, Ketua Eksekutif Liverpool, Peter Moore menulis surat terbuka kepada penyokong semalam, mendedahkan mereka sudah mengubah fikiran.

“Kami sudah berbincang dengan pemegang taruh sebagai proses untuk mencari jalan terbaik bagi kesenangan semua pihak,” kata Moore.

Keputusa kelab itu mendapat kritikan dari bekas pemain yang sekarang ini menjadi penganalisis bola sepak, Jamie Carragher.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 11:31 AM