GP Itali ditangguhkan. FOTO Agensi
GP Itali ditangguhkan. FOTO Agensi
AFP

PERMULAAN musim MotoGP paling awal akan bermula 21 Jun selepas pihak penganjur menangguhkan Grand Prix (GP) Itali dan Catalunya berikutan pandemik Covid-19.

Saingan MotoGP Itali sepatutnya bermula 31 Mei ini manakala Catalunya pada 7 Jun namun kedua-dua ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum ditentukan lagi.

Minggu lalu, pihak penganjur menangguhkan GP Perancis pada 17 Mei selepas GP Sepanyol yang sepatutnya berlangsung 3 Mei turut ditangguhkan.

“Dengan situasi yang masih tidak menentu ketika ini, tarikh baru GP Itali dan Catalunya serta GP Perancis serta Sepanyol, masih tidak dapat ditentukan sehinggalah segala-galanya jelas bila sepatutnya ia boleh dilangsungkan.

“Jadual yang baru akan dikeluarkan secepat yang mungkin,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.

GP Itali dan Catalunya adalah pusingan terbaru yang menjadi mangsa pandemik Covid-19.

Perlumbaan pertama musim ini dijangka berlangsung di Jerman pada 21 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 9:19 PM