GRAND Prix Kanada terpaksa diubah tarikh perlumbaan akibat Covid-19. FOTO AGENSI
GRAND Prix Kanada terpaksa diubah tarikh perlumbaan akibat Covid-19. FOTO AGENSI
AFP

TEMPOH rehat mandatori Formula Satu (F1) dilanjutkan lagi dalam tempoh dua minggu berikutan penangguhan permulaan saingan musim ini akibat pandemik Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) di mana kakitangan yang tidak kaitan dengan prestasi jentera dibenarkan bercuti dari 21 kepada 35 hari.

Rutin rehat seperti sebelum ini iaitu pada Ogos di bawa ke bulan lalu dan ia bertambah dari dua kepada tiga minggu.

FIA menjelaskan tempoh rehat lebih panjang itu menerima kelulusan sebulat suara oleh pemegang taruh F1.

Setiap pasukan harus mematuhi tempoh berkenaan yang bermula Mac, April dan mungkin hingga Mei.

“Perbincangan lanjut mengenai perkara ini masih lagi terbuka antara FIA, F1 dan semua pasukan berikutan impak global Covid-19,” jelas badan induk antarabangsa itu.

Aksi lapan perlumbaan awal musim 2020 ada yang sudah dibatalkan dan ditangguhkan, dengan jumlah 14 perlumbaan keseluruhan juga menjadi tanda tanya selepas pandemik berkenaan mengganggu kalendar sukan permotoran itu.

Sementara itu, perlumbaan Grand Prix Kanada dijadualkan akan berlangsung pada 14 Jun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 3:09 PM