JOHN Arne Riise. FOTO Agensi
JOHN Arne Riise. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS bintang pertahanan Liverpool, John Arne Riise dan anak perempuannya dimasukkan ke hospital di Norway selepas terbabit kemalangan pada awal pagi tadi.

Pemain berusia 39 tahun itu bersama anak perempuan berusia 19 tahun, Ariana dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Alesund dari Tonsberg.

Dia dipercayai gagal mengawal kenderaan selepas mengelak sesuatu di atas jalan dan merempuh pembahagi jalan.

Polis menemui keretanya tersadai di tepi jalan di Erstad, sekitar lima batu dari Alesund dan kedua-duanya dibawa ke hospital dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Ejen Riise, Erland Bakke mengesahkan kemalangan membabitkan bekas pemain bola sepak itu dan anak perempuannya. Menurut Bakke, mereka dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital dan dijangka dibenarkan keluar hospital esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 1:53 PM