SOUTHAMPTON juga berkata, mereka tidak akan menggunakan skim kerajaan untuk membayar gaji pekerja lain. FOTO AGENSI
SOUTHAMPTON juga berkata, mereka tidak akan menggunakan skim kerajaan untuk membayar gaji pekerja lain. FOTO AGENSI
AFP

SOUTHAMPTON menjadi pasukan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menangguhkan pembayaran gaji pemain selepas pegawai kanan persatuan pekerja kelab berkenaan mengakui mereka akan melaksanakan perkara itu atas kepentingan negara ketika berdepan pandemik Covid-19.

Pemain Southampton, pengurus (Ralph Hasenhuttl), staf dan pengarah kelab akan menangguhkan gaji mereka bagi bulan April, Mei serta Jun.

Kelab berkenaan berkata, langkah itu akan membantu untuk menyelamatkan masa depan kelab, pekerja dan komuniti setempat.

Southampton juga berkata, mereka tidak akan menggunakan skim kerajaan untuk membayar gaji pekerja lain.

Keputusan itu dibuat ketika ditengah-tengah kehangatan isu pemain yang menerima gaji purata AS3.7 juta (RM16 juta) harus dipaksa memberi sebahagian gaji mereka untuk membantu negara.

Timbalan Ketua Eksekutif Persatuan Bolasepak Profesional (PFA), Bobby Barnes berkata, pemain seperti dianiaya kerana orang tidak tahu bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab menjaga keluarga.

Barnes mempertahankan pemain selepas ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson dan ketua pasukan England, Harry Kane mengambil inisiatif dengan melancarkan dana untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) bagi membantu menghadapi pandemik Covid-19.

Ia akan membabitkan pemain yang secara sukarela menghulurkan sumbangan dan idea itu mendapat pujian.

Barnes berucap sebelum pemain pengumuman mengenai NHS dilakukan, di mana mereka tidak menyentuh mengenai PFA.

Bekas penyerang West Ham itu berkata, mereka yang tidak berada dalam keluarga bola sepak tidak boleh membandingkan perkara itu hitam atau putih.

“Ada bayangan berwarna kelabu dan saya tidak mahu pemain dianaiya. Adakah mereka membeli Rolls Royces emas setiap hari. Tidak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 9:11 PM