WOODS kini gigih mengekalkan kecergasan diri. FOTO AFP
WOODS kini gigih mengekalkan kecergasan diri. FOTO AFP
AFP

TIGER Woods berkata, dia kini pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang yang menjejaskan persiapan menghadapi Masters yang telah pun ditunda dan terlepas aksi Augusta National ketika tempoh kuarantin.

Dalam temuramah bersama GolfTV, juara kejohanan utama 15 kali itu berkata dia kini lebih kerap berbasikal dan bermain tenis bagi mengekalkan kecergasan.

"Saya rasa jauh lebih baik daripada sebelum ini, saya mampu menukar negatif kepada positif,” kata Woods.

"Saya mampu berlatih dengan lebih kerap dan meletakkan keadaan badan di tempat yang saya fikir sepatutnya.”

Woods yang berkata dia bersedia menghadapi Masters tidak menyertai Players Championship bulan lalu akibat sakit belakang ketika kejohanan itu terpaksa dibatalkan pada lubang 18 angkara pandemik koronavirus.

"Sukar untuk menjangkakan keadaan lapangan sekarang. Saya rasa agak berdebar. Saya mahu pergi ke sana dan bertanding,” kata Woods.

"Saya rasa benar-benar bertenaga dan bersedia beraksi di Masters. Tubuh saya sedia untuk ke sana.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 8:15 AM