DALGLISH didapati positif Covid-19. FOTO AFP
DALGLISH didapati positif Covid-19. FOTO AFP
AFP

LEGENDA Liverpool, Kenny Dalglish didapati positif Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom wabak itu, kata keluarganya.

Bekas penyerang antarabangsa Scotland berusia 69 tahun itu yang memulakan karier di Celtic, dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu untuk rawatan jangkitan yang memerlukan pemerhatian rapi.

“Dia kemudian didapati positif Covid-19 di sebalik tidak menunjukkan sebarang simptom sakit wabak itu.

“Sebelum dimasukkan ke hospital, dia secara sukarela memilih mengasingkan dirinya untuk tempoh lebih lama daripada yang dinasihatkan bersama-sama keluarganya.

“Dia juga menggesa orang ramai untuk mengikuti arahan kerajaan dan pakar,” kata kenyataan keluarganya itu.

Dalglish memenangi kejuaraan liga Scotland bersama Celtic seabgai pemain selama empat musim sebelum menyertai Liverpool pada 1977.

Di Anfield, dia berjaya memenangi lapan kejuaraan liga, tiga Piala FA dan tiga Piala Eropah ketika era gemilangnya selama 13 tahun sebagai pemain dan pengurus.

Dalglish menjaringkan keseluruhan 172 gol daripada 515 perlawanan bersama Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2020 @ 7:40 AM