DALGLISH tidak putus-putus mendapat ucapan daripada peminat. FOTO AGENSI
DALGLISH tidak putus-putus mendapat ucapan daripada peminat. FOTO AGENSI
AFP

ANAK Kenny Dalglish mengakui sangat tersentuh hati dengan ucapan semangat yang diberikan oleh peminat bola sepak seluruh dunia selepas legenda Liverpool itu positif Covid-19.

Dalglish dikesan positif selepas dimasukkan ke hospital Rabu lalu bagi rawatan jangkitan yang memerlukan suntikan antibiotik.

Keluarganya berkata, beliau tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit berkenaan namun penyokong Liverpool, skuad The Reds dan bekas bintang segera menghantar ucapan semoga segera sembuh.

Anak Dalglish segera memberi respons di Twitter, dia tidak berhak untuk memberi komen di yang diterima dan mengakui bapanya sendiri akan membalas ucapan berkenaan.

“Ia ucapan yang sangat tersentuh hati dari semua peminat. Saya rasa perkara ini sangat penting daripada bola sepak dan kita harus bersatu bagi memberi sokongan kepada Pusat Kesihatan Nasional (NHS),” katanya.

Anak perempuan Dalglish, yang juga penyampai berita di Sky Sports, Kelly Cates juga mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang diberikan kepada bapanya.

“Terima kasih di atas ucapan anda semua dan saya minta maaf tidak mampu untuk membalas semuanya,” jelasnya dalam Twitter.

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dan bekas pertahanan, Jamie Carragher antara yang menghantar ucapan agar Dalglish segera sembuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2020 @ 12:37 AM