Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) dalam salah satu aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO File AFP
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) dalam salah satu aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO File AFP
Agensi

ARSENAL sedang merancang penjimatan sekitar £25 juta (RM134 juta) dengan pemotongan gaji pemain jika mereka tidak layak bersaing di Liga Juara-Juara musim depan.

Laporan the Telegraph menyatakan perbincangan diteruskan membabitkan pegawai eksekutif Arsenal dan skuad utama, yang dipercayai tidak berpuas hati dengan cadangan untuk pemotongan gaji berbanding penangguhan.

Arsenal mencadangkan semua pemainnya tidak akan dipotong gaji sekiranya mereka layak untuk Liga Juara-Juara musim depan.

Pembayaran gaji Arsenal ketika ini membabitkan sekitar £230 juta (RM1.2 bilion) yang menjadi antara masalah besar membabitkan kewangan kelab sejak kegagalan mereka bertanding dalam kejohanan utama Eropah itu tiga tahun lalu.

Pengarahnya, Josh Kroenke menyifatkan tahun lalu adalah pembayaran gaji Liga Juara-Juara dalam bajet Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 9:01 AM