Marcus Rashford. FOTO Agensi
Marcus Rashford. FOTO Agensi
Agensi

ATAS dasar prihatin dan menghargai sumbangan petugas barisan hadapan, penyerang Manchester United, Marcus Rashford menerusi Twitter menghadiahkan dua tiket perlawanan bola sepak kepada peminatnya.

Ia adalah sebagai tanda menghargai usaha dan pengorbanan yang dilakukan pekerja Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain ketika krisis pandemik Covid-19.

Menurut salah satu Twitter peminatnya yang dikenali sebagai Josh Howes, Howes bertanyakan keadaan kecederaan pemain England itu.

Howes dan isteri menunjukkan paparan mereka bekerja di hospital dan memakai kelengkapan perlindungan.

“Saya rindukan bola sepak! @MarcusRashford bagaimana keadaan kecederaan anda?” katanya.

“Semoga anda cepat sembuh. Tak sabar untuk melihat anda kembali beraksi!

“Saya dan isteri mahu mendapatkan tiket di Old Trafford dan kami boleh berhenti menyarung kelengkapan yang digunakan selama 13 jam sehari ini! #NHSCovidHeroes #NHSworkers."

Twitter peminat yang mendapat perhatian Rashford.
Twitter peminat yang mendapat perhatian Rashford.

Dan Rashford gembira untuk menyempurnakan hasrat mereka.

"Saya mempunyai dua tiket yang disimpan untuk anda. Tidak sabar untuk meraikannya bersama wira sebenar. Terima Kasih di atas usaha anda," kata penyerang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 9:53 PM