RONALDO bersama trofi dan cenderahati milik CD Nacional. FOTO Agensi
RONALDO bersama trofi dan cenderahati milik CD Nacional. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo menggunakan sepenuhnya perintah berkurung dengan memanaskan badan bagi mengekalkan kecergasan. Dia menggunakan stadium kelab zaman kanak-kanaknya, CD Nacional untuk berlatih mengasah skil kemahiran selain mengunjungi muzium kelab.

Sudah pasti kelab yang mula-mula mencungkil bakatnya itu memberikan layanan dan penghargaan terbaik kepada superstar itu.

Dalam Instagram CD Nacional, mereka berkata, “Ronaldo berkunjung ke muzium, meninjau semua trofi kelab yang dimenangi ketika zaman kanak-kanaknya, mengimbau memori dan menandatangani sijil pelawat.

“Satu perjalanan hebat buat pemain terbaik dunia. Dan kami mahu beritahu anda, Cristiano, anda sentiasa dialu-alukan di tempat kelahiran anda ini!”.

RONALDO menandatangani buku pelawat. FOTO Agensi
RONALDO menandatangani buku pelawat. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 2:12 PM