MATTHAEUS (kanan) tidak mahu isu berpanjangan. - FOTO Agensi
MATTHAEUS (kanan) tidak mahu isu berpanjangan. - FOTO Agensi
AFP

LOTHAR Matthaeus kebingungan dengan laporan yang tidak berkesudahan mengenai perbincangan penyambungan kontrak antara ketua pasukan Jerman, Manuel Neuer dengan Bayern Munich.

“Ia seperti Neuer tidak dihargai di Bayern,” kata bekas ketua pasukan Jerman dan Bayern itu kepada Sky Sport News.

Bekas pemain tengah berusia 59 tahun itu menasihatkan kelabnya untuk duduk berbincang agar semunya jelas bersama Neuer.

“Ia adalah membabitkan perkara 10 minit. Saya tidak faham,” kata Mattheus/

Kontrak terkini Neuer berakhir 2021 dan jika perbincangan gagal, dia akan disambar kelab Liga Perdana Inggeris (EPL)

Neuer, 34, mendedahkan bahawa dia bengang selepas isi kandungan kontrak baru bocor baru-baru ini.

“Isi kandungan mengenai kontrak baru sudah bocor kepada media. Ia membuatkan saya sakit hati. Ia tidak pernah berlaku ke atas saya di Bayern,”

Sejak menyertai kelab berkenaan dari Schalke pada 2011, Neuer melakukan 373 penampilan dan 191 tidak bolos ketika mewakili The Bavarian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 1:13 AM