OTT memuatnaik gambar di Instagram sambil memegang kitab suci al-Quran. FOTO Wilhelm Ott
OTT memuatnaik gambar di Instagram sambil memegang kitab suci al-Quran. FOTO Wilhelm Ott
Agensi

PETINJU profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengumumkan sudah memeluk Islam pada 16 April lalu sambil menyatakan pandemik Covid-19 membantunya mencari kepercayaan sebenar.

Ott menerusi Instagram miliknya berkata, Islam sudah berada di dalam fikirannya sejak sekian lama tetapi dia ‘tidak dapat melakukan apa-apa dengannya’.

“Saya membiarkan diri saya dipengaruhi. Tetapi ketika saya menghadapi tempoh sukar, kepercayaan terhadap Islam memberi kekuatan kepada saya,” katanya.

Menerusi status terbarunya, petarung MMA itu memuatnaik video dia mengucapkan kalimah syahadah, iaitu salah satu daripada lima rukun Islam yang menyatakan kepercayaan terhadap Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.

“Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali hanya satu-satunya Tuhan yang sebenar dan mengucapkan kalimah syahadah serta dengan bangganya menyatakan bahawa saya kini seorang Muslim,” kata Ott.

Di dalam satu hantaran lain, Ott mengucapkan terima kasih atas maklum balas positif yang diterima daripada peminatnya dan umat Islam.

“Saya bukan mahu menjadikan perkara ini untuk mendapat perhatian. Saya memuatnaik kerana orang sekeliling serta rakan-rakan sudah mengetahuinya,” katanya.

Ott atau nama gelarannya ‘the amazing’ dilahirkan pada 1982. Dia menduduki ranking ke-74 daripada 615 petarung EU Wester Pro Welterweights yang masih aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 12:00 PM