Luiz (kiri) dan Xhaka dikatakan dilihat di sebuah tamat dekat Southgate. FOTO Agensi
Luiz (kiri) dan Xhaka dikatakan dilihat di sebuah tamat dekat Southgate. FOTO Agensi
Agensi

EMPAT bintang Arsenal menjadi kelompok terbaharu pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang melanggar perintah berkurung kerajaan berikutan Covid-19.

Pemain dengan rekod pembelian kelab bernilai £72 juta (RM409 juta) Nicolas Pepe dirakam bersama ramai rakannya di utara London sebelum ia dikongsi di aplikasi WhatsApp.

Rakan sepasukan Gunners, David Luiz dan Granit Xhaka juga dilihat bersama di sebuah taman dekat Southgate.

Dan Alexandre Lacazette didapati berdiri bersebelahan seorang lelaki di tepi jalan yang diminta mencuci kereta Audi miliknya.

Sayap Ivory Coast, Pepe turut berkongsi gambar dia melakukan aktiviti bersama beberapa rakan sepasukannya di Instagram.

Gambar yang didakwa Pepe melanggar perintah berkurung. FOTO Agensi
Gambar yang didakwa Pepe melanggar perintah berkurung. FOTO Agensi

Malam tadi, jurucakap Arsenal memberitahu The Sun: "Terima kasih kerana memberitahu kami. Kami akan bercakap dengan pemain kami.

"Kami bimbang jadi kami bercakap dengan Nicolas yang berkongsi rumah dengan beberapa saudaranya yang terbabit dalam aktiviti itu.

"Kami mengingatkan mereka mengenai kepentingan untuk semua orang mengikut peraturan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 6:04 PM