John (kiri) mahu cabar Tyson (kanan). FOTO File Agensi
John (kiri) mahu cabar Tyson (kanan). FOTO File Agensi
Agensi

BAPA Tyson Fury, John berkata dia sanggup 'mati' kerana mahu menentang Mike Tyson.

Iron Mike, 53, kembali menjalani latihan di gim dan mendedahkan dia kini sudah bersedia untuk bertarung semula malah John atau Fury Snr, 55, sedia menyahut cabaran itu.

Bercakap di hadapan kamera dalam nada serius menerusi video online Fury SNr berkata : "Saya menantikan perlawanan berdepan Mike Tyson, bagaimana dengan itu?

"Mike membuat kemunculan semula.

"Saya tidak menilai hidup saya pada usia 50-an tapi biar saya katakan kepada anda sesuatu, Mike Tyson sangat berbaloi untuk bekerjasama dalam melakukan kerja amal.

"Dia sememangnya raja dan juara. Dia lelaki sebenar yang sangat agresif."

Fury Snr menjadi peminat setia kepada Iron Mike sejak sekian lama malah anak lelakinya turut dinamakan Tyson seperti petinju yang mendapat gelaran 'Baddest Man on the Planet' itu.

Malah petinju tinggi lampai kelahiran Galway mempunyai sejarah tersendiri dalam karier profesional tinju - bertarung dalam 13 perlawanan profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 11:37 PM