SUASANA seperti ini tidak akan dapat lagi dirasai di KEJOHANAN Memorial Jelajah PGA AS. FOTO Agensi
SUASANA seperti ini tidak akan dapat lagi dirasai di KEJOHANAN Memorial Jelajah PGA AS. FOTO Agensi
AFP

KEJOHANAN Memorial Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi memastikan peminat menjaga penjarakan sosial menjelang saingan berkenaan dar9 16 hingga 19 Julai.

Pengarah Kejohanan, Dan Sullivan berkata penggunaan RFID yang diletakkan di lencana peminat hanyalah satu ukuran untuk mejaga keselamatan berikutan pandemik Covid-19.

"Pada satu masa kita dapat tahu di lapangan golf berapa orang berada di sesutu tempat.

"Kami akan menggunakan teknologi berkenaan bagi memastikan kita menjaga semua orang di sekeliling dan memantau dengan cara berkesan agar semu peminat berasa selesa," kata Sullivan.

Beliau juga menerangkan sekumpulan kecil marsyal di lapangan mempunyai akses untuk mendapat maklumat pergerakan dan jika sesuatu kawasan kelihatan sangat padat mereka akan segera menyuruh untuk bersurai.

Sullivan berkata, langkah-langkah yang tidak membabitkan teknologi tetap diambil berat seperti memantau peminat memakai penutup hidung dan mulut.

Jumlah penonton untuk memasuki lapangan juga sangat terhad dan siapa yang hadir akan diambil suhu badan.

Ubat pembersih tangan juga akan diletakkan secara meluas dan tiada penjualan minuman keras serta sebarang pembayaran hanya melalui kad debit atau kredit.

Jelajah PGA terpaksa dihentik pada 12 Mac ketika Players Championship sedang berlangsung berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 2:52 PM