X
TYSON (kiri) enggan menjatuhkan reputasinya dengan bertemu Williams. FOTO Agensi
TYSON (kiri) enggan menjatuhkan reputasinya dengan bertemu Williams. FOTO Agensi
Agensi

MIKE Tyson menolak pertarungan dengan Sonny Bill Williams apabila menyatakan perlawanan bersama bekas bintang All Black itu akan 'memalukan dunia tinju'.

Tyson hanya mahu kembali beraksi di dalam gelanggang dengan petinju sebenar dan bukannya seorang pemain ragbi.

Pengurusan Tyson sedang mengadakan perbincangan bersama promoter dari Australia untuk menganjurkan perlawanan amal bernilai jutaan dolar di Melbourne tahun depan.

Williams sudah memberi maklumbalas apabila berkata, adalah satu penghormatan dapat beraksi bertemu Tyson.

Selebriti Australia, Max Markson yang mengadakan perbincangan bagi pihak promoter di Melbourne, Brian Amatruda, menerima mesej daripada wakil Tyson semalam bahawa petinju legenda itu menolak tawaran berkenaan.

Amatruda menawarkan Tyson ganjaran AS$3 juta (RM12.9 juta) untuk bertemu sama ada Williams atau dua lagi pemain ragbi bertukar profesion kepada petinju, Barry Hall dan Paul Gallen.

Williams dan Gallen berminat dengan tawaran itu tetapi Tyson yang muncul petinju termuda memenangi kategori heavyweight, tidak mahu merendahkan reputasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 9:49 PM