KETUA Komtijen Malaysia (CDM) ke Sukan Para Asean Filipina, Datuk Megat D Shahriman (kanan) berkata sesuatu kepada pasukan bola tampar duduk para negara ketika mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan, Disember tahun lalu. FOTO Owee Ah Chun
KETUA Komtijen Malaysia (CDM) ke Sukan Para Asean Filipina, Datuk Megat D Shahriman (kanan) berkata sesuatu kepada pasukan bola tampar duduk para negara ketika mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan, Disember tahun lalu. FOTO Owee Ah Chun
Ferzalfie Fauzi


PERSEKUTUAN Sukan Para ASEAN (APSF) mengesahkan menerima notis rasmi pembatalan Sukan Para ASEAN ke-10 dari Jawatankuasa Paralimpik Filipina (NPC).

Badan induk serantau itu dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor dalam masa terdekat.

Menurut APSF, mereka memahami keputusan berkenaan terpaksa diambil NPC dengan Filipina berdepan krisis Covid-19 yang tidak dapat dielakkan.

"APSF akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor untuk membincangkan, meratifikasi dan mengesahkan pembatalan Sukan Para ASEAN ke-10 dan terus menuju ke arah penganjuran temasya 2021 yang dijadual berlangsung di Vietnam," kata Presiden APSF, Osoth Bhavilai dalam satu kenyataan, hari ini.

Sukan Para ASEAN di Filipina sepatutnya diadakan dari 18 hingga 24 Januari lalu namun ditangguhkan ke 20 hingga 28 Mac susulan isu bajet dan logistik tuan rumah.

Ia kemudian ditangguhkan sekali lagi pada Oktober ini akibat wabak Covid-19.

Kali terakhir Filipina menjadi tuan rumah untuk temasya ini adalah pada 2005 di Manila.

"Pembatalan itu tidak dapat dielak susulan 'keadaan yang tidak dapat dikawal kerana pandemik Covid-19.

"NPC Filipina mengambil keputusan berkenaan susulan pengumuman Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) untuk menarik sokongan kewangan penganjuran temasya kerana 'krisis semasa dan arahan daripada pihak pemerintah'.

"Kesemua NPC sudah dimaklumkan mengenai pembatalan dengan mereka disertakan salian surat rasmi dari Barredo (Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Filipina), surat rasmi dari PSC dan salinan surat pekeliling Belanjawan Nasional," kata Bhavilai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 5:59 PM