Ronaldo (kiri) melakukan latihan bersama anak lelakinya. FOTO Agensi
Ronaldo (kiri) melakukan latihan bersama anak lelakinya. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo masih berada dalam tempoh pengasingan namun ia tidak menghalang bintang Juventus itu melakukan senaman dalam memastikan kecergasannya berada di tahap terbaik.

Malah dia bertemu 'rakan sepasukan' baharu untuk membantunya menjalani latihan.

Ronaldo tiba di Itali minggu lalu selepas meluangkan masa sepanjang tempoh berkurung di Madeira di mana dia menjalani latihan di sebuah kelab bola sepak tempatan untuk mengekalkan stamina.

Dia kembali ke Turin Rabu lalu, namun berbanding menyertai rakan sepasukannya yang kembali menjalani latihan menjelang potensi menyambung semula musim Serie A ketika dia terpaksa melalui pengasingan selama 14 hari.

Tidak menunggu lama untuk meneruskan latihan yang dijalankan di kawasan halaman rumahnya.

Malah ia disertai anak lelakinya, Cristiano Jr dalam usaha mengekalkan sentuhannya sebelum kembali menyambung aksi saingan bola sepak.

Video dimuat naik di Instagram, kelihatan dua beranak itu melontar dan menyepak bola antara satu sama lain.

Klip video dimuat naik dengan keterangan : "Bapa borek anak rintik. Kebahagiaan mengatasi segalanya."

Sebelum ini terdapat pengumuman bahawa kelab di Itali dibenarkan kembali menjalani latihan berpasukan pada 18 Mei dengan protokal kesihatan yang ketat.

Ronaldo yang dikenali dengan disiplin dan sentiasa berusaha keras dalam latihan turut berkongsi tujuh cara senaman di dalam kawasan tertutup atau di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 2:15 PM