SIMONI (kanan) individu penting dalam perjalanan karier Ronaldo. FOTO Agensi
SIMONI (kanan) individu penting dalam perjalanan karier Ronaldo. FOTO Agensi
AFP

BEKAS jurulatih Inter Milan, Luigi Simoni, yang membawa kelab itu juara Piala UEFA pada 1998 ketika di era bintang Brazil, Ronald0, meninggal duia di Pisa semalam ketika usia 81 tahun.

"Hari ini (semalam) 22 Mei, beliau meninggalkan kita semua. Ia bukan sekadar tarikh, tapi saat yang akan diingati buat semua keluarga Inter," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Inter yang menyambut ulang ke-10 muncul juara Liga Juara-Juara di bawah kendalian Jose Mourinho, menjadi kelab pertama Itali meraih treble.

Simoni, yang menghambakan dirinya sebaga jurulatih selama empat dekad dan melatih 17 kelab berbeza, tidak pernah stabil selepas diserang angin ah tahun la.

"Gigi Simoni bukan hanya sekadar jurulatih buat saya. Jika saya kenangkan kembali, saya dapat rasakan bahawa beliau seorang yang bijak dan baik. Beliau tidak mengarahkan untuk berbuat sesuatu tapi terangkan kenapa ia penting. Ia mengigatkan saya kepada seorang guru

"Seorang yang hebat dakam sukan boleh sepak sudah meninggalkan kita," kata Presiden Bolasepak Itali, Gabrielle Gravina.

Pemain yang beraksi di bahagian tengah itu beraksi sebanyak 386 kali termasuk 187 di Serie A, menjaringkan 32 gol untuk kelab termasuk ketika bersama Juventus, Torino dan Napoli.

Beliau memulakan tugas jurulatih ketika bersama bekas kelab, Genoa pada 1974, membawa kelab berkenaan mara ke Serie A.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 11:52 AM