TIADA hak istimewa buat perlumbaan F1 di Silverstone. FOTO AFP
TIADA hak istimewa buat perlumbaan F1 di Silverstone. FOTO AFP
AFP

HARAPAN Formula Satu (F1) untuk menganjurkan dua perlumbaan di Silverstone semakin tipis selepas tidak mendapat sebarang pengecualian daripada kerajaan UK yang memperkenalkan kuarantin 14 hari kepada mereka yang memasuki negara berkenaan.

Langkah-langkah berkenaan akan diperkenalkan pada 8 Jun bagi membantu mengekang penyebaran Covid-19 namun ia sentiasa dipantau setiap tiga minggu ini bermakna masih ada harapan buat Grand Prix (GP) untuk diteruskan Julai depan.

F1 menegaskan mereka memerlukan jawapan pengecualian kuarantin minggu ini selepas melihat

kepada kesan yang bakal menjejaskan lebih 10,000 pekerjaan dan rantaian bekalan.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Silverstone, Stuart Pringle berharap persetujuan dapat dicapai agar kedua-dua perlumbaan itu dapat diteruskan.

"Saya yakin kepentingan industri ini akan difahami pihak kerajaan. Jadi saya kekal optimis ada penyelesaian yang masuk akal dan pragmatik," kata Pringle.

Tujuh daripada 10 pasukan F1 semuanya berpangkala di England'

"Ini bukan hanya aksi sukan menarik dalam tempoh 90 minit. Ini adalah berkaitan dengan industri kembali bekerja.

Peraturan kuarantin itu juga sudah pasti memberi impak besar kepada wakil British dalam pertandingan bola sepak Eropah.

Manchester City, Manchester United, Chelsea, Wolves dan Rangers masih lagi bersaing dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara atau Liga Europa.

UEFA bercadang untuk menamatkan kedua-dua saingan Ogos depan sebaik aksi domestik berakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 2:31 PM