X
NAOMI mempuyai kelebihan berbanding Serena terutama dalam mempengaruhi orang muda. FOTO AFP
NAOMI mempuyai kelebihan berbanding Serena terutama dalam mempengaruhi orang muda. FOTO AFP
AFP

BINTANG tenis Jepun, Naomi Osaka menjadi atlet wanita memperoleh pendapatan tertiggi dunia, apabila dia berjaya meraih AS$37.4 juta (RM163.2 juta) dalam tempoh 12 bulan terakhir seperti dilaporkan majalah Forbes semalam.

Bintang Asia berusia 22 tahun itu, yang juga dua kali juara Grand Slam, mengetepikan seteru dari Amerika Syarikat, Serena Williams.

Serena pula di tempat kedua dengan dibezakan AS$1.4 juta hadiah wang kemenangan dan pendapatan sokongan selama 12 bulan terakhir.

Kedua-dua mereka berjaya mengetepikan pendapatan diraih pemain Russia, Maria Sharapova pada 2015 iaitu AS$29.7 (RM129.6 juta).

"Bagi mereka yang berada di luar dunia tenis, Osaka adalah wajah yang segar dengan kisah hebat.

"Selepas digabungkan kedua-dua elemen, ia membantunya untuk mendapat pengikut global yang lebih muda," kata Profesor David Carter dari bahagian perniagaan sukan Universiti Southern California.

Osaka, di mana bapanya dilahirkan di Haiti dan ibunya dari Jepun, menduduki ranking ke-29 dalam senarai Forbes 100 atlet mendapat pendapatan tertinggi 2020, empat slot mengatasi Serena, yang meraih 23 Grand Slam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 4:02 PM